PESANAN NENEK

Bila penat, sebelum tido baca Allah 40x Subahanallah 40x LailahailAllah 40x

Wednesday, 20 July 2011

Tak Kesah Gerai Makan Kotor?

‘Tak kisah gerai makan kotor’

aku pun tak kesah sangat makan kat mana, tapi lau tempat tu kotor sgt, dah tentu la jgn...sebab mst makanan pun tka bersih...senang je, lau nak tau kedai tu bersih ke tak? atau leh makan kat situ lg ke x? BILA KITA MAKAN,KITA TAK SAKIT PERUT/BERAK2...hehe yg penting JGN MAKAN KEDAI "CHA YA NUN ALIP" SEBAB BERAK TAK BASUH...hikhik erk... tgk artikel dari HARIAN METRO DIBAWAH...salah satu tempat yg ANDA perlu berhati2!!!
 
 
 ◥▼△▽ ⊿◤◥ △ ▴ ▵ ▶ ▷ ▸ ▹ ► ▻ ▼ ▽ ▾ ▿ ◀ ◁ ◂ ◃ ◄ ◅
KUALA LUMPUR: Keadaan persekitaran di beberapa gerai makan sekitar bandar raya ini yang kotor, terutama di kawasan Masjid India masih tidak mematahkan selera orang ramai menikmati pelbagai juadah disediakan peniaga di kawasan itu.
Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, ramai menjamu selera di kawasan itu tanpa memikirkan kesan bakal diperoleh dengan memakan hidangan belum pasti tahap kebersihannya.

Beberapa pengunjung, ditemui rata-rata memberikan reaksi yang mengejutkan.
Pelanggan mahu dikenali sebagai Aziah, berkata makanan di situ memang sedap dan harga ditawarkan juga tidak membebankan.

“Saya tidak berapa mengambil kira, soal kebersihan di sini kerana saya yakin makanan dijual bersih dan setakat ini belum pernah mengalami apa-apa sakit. Lagipun, sudah menjadi perkara biasa gerai makan kotor,” katanya.

Menurutnya, bilangan pelanggan yang ramai membuktikan kedai di kawasan sekitar tidak akan menjejaskan kesihatan mana-mana pihak.
Seorang lagi pengunjung dikenali sebagai Rahim yang bekerja tidak berapa jauh dari situ memberikan reaksi yang hampir serupa.

“Jarak yang dekat dengan tempat kerja memungkinkan saya makan di sini setiap hari. Saya rasa setakat ini tidaklah kotor. Ramai juga yang makan di sini,” 
 ◥▼△▽ ⊿◤◥ △ ▴ ▵ ▶ ▷ ▸ ▹ ► ▻ ▼ ▽ ▾ ▿ ◀ ◁ ◂ ◃ ◄ ◅

Rahsia Tahi Lalat

Tanda Firasat Tahi Lalat
Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri Ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan Disegani orang, ramai yang suka
Bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan Cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah Tercapai cita-cita
Biji mata kanan Suka serong dan pembohong
Biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan Baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri Baik budi, murah rezeki
Punggung kanan Agak mengalami kesulitan
Punggung kiri Malas dan suka duduk
Betis kanan Suka berhibur, boros
Betis kiri Rajin, tidak suka menganggur
Lutut kanan Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha
Lutut kiri Kurang kuat berusaha
Kepala sebelah kanan Terkabul cita-cita
Kepala sebelah kiri Sering menemui kesusahan
Kepala sebelah belakang Jujur, sabar dan tekun
Kening kanan Cerdas dan cekap
Kening kiri Cerdas dan sopan santun
Tengah kening Keras hati dan berani segala hal
Hujung mulut kanan Kecil rezeki, tak mudah kalah
Hujung mulut kiri Suka berpoya-poya
Ketiak kanan Dapat menyimpan rahsia
Ketiak kiri Jujur, banyak yang cinta
Pergelangan kaki kanan Suka keluar rumah
Pergelangan kaki kiri Kehendak kuat
Batang hidung Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya
Pada hidung Banyak rezeki
Dagu bawah kanan Jujur dan baik hati
Dagu bawah kiri Bijaksana, dan berbudi luhur
Kemaluan kanan atau kiri Baik, suka senggama
Di kepala kemaluan (lelaki) Bakal beristeri dua
Tumit kanan Jujur dan banyak kawan
Tumit kiri Baik budi
Alis kanan Suka menolong dan baik hati
Alis kiri Ramai yang suka
Pangkal peha kanan Kemahuan kuat
Pangkal peha kiri Suka kerja apa pun
Telapak kaki kanan Tak mudah mengeluh
Jari kaki kanan Suka menolong
Jari kaki kiri Berbudi, suka berbuat baik
Bahu kanan Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan
Bahu kiri Suka kerja keras, banyak tanggungjawab
Buah dada kanan Baik hati, pendiam, simpan rahsia
Buah dada kiri Ramai kawan, setia pada pasangan
Lengan kanan Setia dan taat pada atasan
Lengan kiri Menepati janji dan rajin
Pipi kanan Ramai teman
Tengah-tengah pipi kanan Ramai yang suka
Tengah-tengah pipi kri Ramai teman
Ubun-ubun Kurang jujur
Pusat Cerdas, tangkas, tekun
Pusat bahagian kanan Sejahtera dalam hidup
Pusat bahagian kiri Beroleh kemuliaan
Pinggang kanan Sayang pada pasangan hidup
Pinggang kiri Disayang pasangan hidup
Dada kanan Dapat mengatasi masalah
Dada kiri Berani, jujur dan sabar
Telapak kaki kanan Tidak mudah mengeluh
Telapak kaki kiri Baik budi pekertinya
Siku tangan kanan Kuat ingin memiliki kejayaan
Siku tangan kiri Baik hati, suka menolong
Jari tangan kanan Serba beroleh keuntungan
Jari tangan kiri Serba baik bekerja
Jari telapak tangan kanan Banyak rezeki tetapi boros
Jari telapak tangan kiri Banyak rezeki dan cermat
Pergelangan tangan kanan Boros, suka bersukaria
Pergelangan tangan kiri Dapat berpangkat
Perut bawah kanan Banyak rezeki, suka memberi maaf
Perut bawah kiri Baik hati, tenang hidupnya
Sudut mata kanan dalam Disayang suami atau isteri
Sudut mata kiri dalam Tidak mudah dilupakan pasangan
Sudut mata kanan luar Baik budi, ramai yang cinta
Pelipis kiri Murah rezeki, dapat jadi kaya
Pelipis kanan Serba berhasil dalam usaha
Kelopak mata kanan atas Baik hati, ramah, berjaya
Kelopak mata kiri atas Baik budi, ramai yang suka
Kelopak mata kanan bawah Agak malas
Kelopak mata kiri bawah Agak bodoh, kurang bijaksana

Wednesday, 13 July 2011

LAWAK Surat Cintan hehe

Salam,

Amacam awekku.?? Lu orait ka.?? Wa harap lu ok2 je..

Awek gua, gua tlh mbaca surat lu tempohari… Apasal lu buat cenggini kat gua? Selama ni cintan gua thadap lu bkn main… Lu ingat gua main2 ka.?? Cintan gua mdlm very deep you know.! very deep purple.! Lu tarak prasan ke?

Apa yg kurangnya gua ni.?? Cuba lu cakap! Gua ni x cukup hensem ke.?? Atau lu sudah ada balak lain.?? Lu sound gua beb.! Mentang2 lu keja opis, lu ada skandal dengan mat despatch kat opis lu tu.! Mamat poyo tu lu nak? Apa barang.?? Kalo lu nak tau, gua dulupun pernah mintak jd cikgu tp x dpt. Bkn pasal gua takde kelayakan tp tadika kemas jarang amik cikgu lelaki.. Lagipun jiwa gua lbh kpd seni… Tiket konsert gua semua habis jual.! Sbb tulah gua jd tukang jual tiket konsert funfair buat sekian lamanya sampai tauke funfair tu x offer kat onglain.

Gua memang betul2 tak puas hati ni.! Lu memang bikin gua panas.! Sampai hati lu buat cam ni kat gua setelah apa yg gua dah kasik kat lu.. Lu ingat gua ni apa?!!

Awekku, lu ingat x dulu sewaktu lu & gua first time jumpa.?? Masa tu hujan... Lu takde payung.. Lu lari pegi kat bus stop.. Lu basah kuyup.. Kesian pulak gua tgk lu kesejukan.. Gua bukak jeket gua pastu kasik lu pinjam. Baek punya gua usya. Start tulah lu & gua sama2 sudah feeling2.. Gua ingat lagi lagu "Do You Know Me" masa tu kita layan menjadi lagu tema cinta gua kat lu... Gua selalu nyanyi lagu tu kat talipon public... Lu tak ingat ke.?? Ka lu dah lupa?!!

Pehal lu buat cenggini?!! Gua dah tangkap cintan maut kat lu wo.! Janganlah buat gua macamni.! Kalau lu tak suka cara gua lu cakaplah.! Janganlah krn besday lu gua hadiahkan t-shirt metallica, lu buat camni pulak kat gua. Gua tau sapa gua.. Gua memang macamni, rocker sejati.! Lu pun tau sapa gua.. Dulu lu takdepun cam ni.. Lu tak kisahpun.! Lu layan selamba je.. Tp nape skng lu berubah.? Nampak je gua rocker tp gua pun beriman jugak, beb.! Sembahyang x tinggal wo.!

Lu pikirlah sindri,.! Gua dah curahkan segala2 kat lu.. Gua dah sound mak bapak gua nak meminang lu.. Gitar Gibson secondhand gua tu gua dah gadai.. Gua buat modal nak kawin dengan lu.. Cayalah cakap gua.! Gua tak tipu.! Btl cakap lu.! Gua harap lu pikirlah baik-baik, bhai.! Kalo 1 ari nanti gua jd rock star, lu jangan nyesal.. Gua dah takde awek lain lg. Lu sorang jelah yang gua cinta.. Awek lain gua usya diorg x layan gua cakap lu.! Gua x tipu.! Betul punya cakap lu!

Akhirkata dr gua, kenang gua dlm doa makan malammu.. Sebelum gua bla, gua teringat lagu “runaway”.. Semoga lu berbahagia,.!

Yang Benar,
DIO



~more jokes at http://lawakjenaka.com/bahasa-melayu/lawak-romantik/surat-cintan-dio.html

Tuesday, 12 July 2011

Cemburu Lelaki Mengikut Horoskop

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...
Aquarius
Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus
Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks: x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx

Personaliti Cinta ini telah dikongsikan bersama oleh saudara silver_planet (FTC Crew) di Forum Tentang Cinta.

Menahan Kemarah Dari Api Syaitan

"Siapa yang menahan marah, padahal ia boleh melepaskan kemarahannya, maka kelak pada hari kiamat, Allah akan memanggilnya di depan sekalian makhluk. Kemudian, disuruhnya memilih bidadari sekehendaknya." (HR. Abu Dawud - At-Tirmidzi)" 

Menurut riwayat, ada seorang Badwi datang menghadap Nabi saw. Dengan maksud ingin meminta sesuatu pada beliau. Beliau memberinya, lalu bersabda, "Aku berbuat baik padamu."

Badwi itu berkata, "Pemberianmu tidak bagus." Para sahabat merasa tersinggung, lalu ngerumuninya dengan kemarahan. Namun, Nabi memberi isyarat agar mereka bersabar.

Kemudian, Nabi saw. pulang ke rumah. Nabi kembali dengan membawa Barang tambahan untuk diberikan ke Badwi. Nabi bersabda pada Badwi itu, "Aku berbuat baik padamu?"

Badwi itu berkata, "Ya, semoga Allah membalas kebaikan Tuan, keluarga dan kerabat."

Keesokan harinya, Rasulullah saw. bersabda kepada para sahabat, "Nah,kalau pada waktu Badwi itu berkata yang sekasar engkau dengar, kemudian engkau tidak bersabar lalu membunuhnya. Maka, ia pasti masuk neraka. Namun, karena saya layan dengan baik, maka ia selamat."

Beberapa hari setelah itu, si Badwi mau diperintah untuk melaksanakan tugas penting yang berat sekalipun. Dia juga turut dalam medan jihad dan melaksanakan tugasnya dengan taat dan redha.

Rasulullah saw memberikan contoh kepada kita tentang berlapang dada. Ia tidak panik menghadapi kekasaran seorang Badwi yang memang demikianlah sikapnya. Kalau pun saat itu, dilakukan hukuman terhadap si Badwi, tentu hal itu bukan kezaliman. Namun, Rasulullah saw. tidak berbuat demikian.

Beliau tetap sabar menghadapinya dan memberikan sikap yang ramah dan lemah lembut. Pada saat itulah, baginda ingin menunjukkan pada kita bahwa kesabaran dan lapang dada lebih tinggi nilainya daripada harta benda apa pun.

Adakalanya, Rasulullah saw. juga marah. Namun, marahnya tidak melampaui batas kemuliaan. Itu pun ia lakukan bukan karena masalah pribadi melainkan karena kehormatan agama Allah.

Rasulullah saw. bersabda, "Memaki-maki orang muslim adalah fasik (dosa),dan memeranginya adalah kufur (keluar dari Islam)." (HR.Bukhari)



~dapatkan maklumat baccan berkenaan KEMARAHAN http://melayuboleh.8forum.net/t205-indahnya-pahala-menahan-marah

Monday, 11 July 2011

ETIKA KERJA ISLAM

Islam tidak suka umatnya menggangur dan hanya menunggu rezeki disuap ke mulut tanpa mahu berusaha.  Sebaliknya umat Islam digalakkan untuk berusaha mencari rezeki halal bagi menyara diri dan keluarga.

Disebabkan itu terdapat lima etika kerja yang perlu dijadikan panduan bagi memastikan rezeki yang kita perolehi mendapat keberkatanNya :


       Etika kerja 1:  Ikhlas dan amanah

Bekerjalah dengan penuh kerelaan, suci hati untuk mendapat keredha Allah.  Bersyukurlah juga dengan kerja yang kita lakukan, kita dapat menyumbangkan tenaga untuk pembanggunan Negara. Rasulullah s.a.w bersabda yang bemaksud, "Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia."    (Riwayat Al-Quda)


       Etika kerja 2:  Cekap dan tekun

Cekap dan tekun merupakan diantara ciri-ciri pekerja yang baik. Selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan sesuatu pekerjaan dengan tekun."    (Riwayat Al-Baihaqi)


       
       Etika kerja 3:   Bekerjasama

Telah menjadi lumrah kehidupan yang kita saling memerlukan diantara sama lain. Oleh itu kelancaran kerja adalah hasil dari semangat kerjasama.  Kerana itu perlunya sikap saling bantu-membantu untuk menjamin kejayaan dalam pekerjaan. Allah berfirman yang bermaksud, "Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebaikan." (Surah Al-Maidah: 2)


               Etika kerja 4: Mengabdikan diri pada Allah:

Kita perlu tanamkan di dalam hati bahawa pekerjaan adalah amanah daripada Allah.  Kerja merupakn sebahagian daripada ibadat kita kepada Allah.  Allah befirman yang bermaksud, "Wahai sekalian manusia, sembahlah Tuhan kamu yang telah menciptakan kamu dan orang-orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa."   (Surah Al-Baqarah :21)


       Etika kerja 5:  Pekerjaan yang halal :

Hal ini juga tidak kurang pentingnya kerana setiap wang kita perolehi akan menjadi darah daging kita.  Justeru pastikan bahawa kerja kita halal dan tidak bertentangan dengan hukum dan syarak kerana daging(tubuh) yang tumbuh dari makanan yang haram, akan menjadi makanan api neraka.



Islam juga tidak membenarkan pemborosan dan pembaziran.  Daripada Jabir katanya, Rasulullah bersabda "Peliharalah hartamu baik-baik dan janganlah dirosakkan kerana setiap orang diberi satu pemberian, maka harta itu menjadi milik yang diberi selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik keturunannya."   (Riwayat Muslim)

Setiap rezeki yang diperolehi adalah merupakan kurniaan dari Allah, jadi bekerjalah kita mengikut garis panduan(etika kerja) yang di tentukan Islam agar harta kita terjamin barakahnya dan di redhai Allah hendaknya.

Sunday, 10 July 2011

♂ Rahsia Lelaki&Cinta ♂

Berikut ini adalah 10 ciri-ciri lelaki yang sedang jatuh cinta dengan kamu..:
  1. Memberikan lebih perhatian.
      Si jejaka akan memberikan perhatian yang lebih terhadap kamu berbanding orang-orang lain. Biasanya, rakan-rakan kamu akan lebih terasa situasi ini daripada kamu sendiri. Misalnya, di saat kamu sedang menggigil kedinginan ketika cuaca sedang sejuk, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan jaketnya untuk kamu. Di saat kamu sedang sakit, dia akan menjadi orang pertama yang menawarkan bantuan atau membelikan kamu makanan.
  2. Meluangkan masa untuk kamu.
      Si jejaka yang mencintai kamu selalu ingin sentiasa berada dekat dengan kamu. Hal ini akan jelas terlihat, apatah lagi kalau dia sanggup meluangkan waktunya untuk sesuatu yang dia sebenarnya tidak suka lakukan. Padahal kamu tahu yang dia sebenarnya tidak suka membeli-belah, tapi dia tetap meluangkan waktunya untuk menemani kamu untuk berbelanja di pusat membeli-belah misalnya.
  3. Menerima kamu apa adanya.
      Lelaki yang mencintai kamu selalunya menerima kamu seadanya. Tak kisah lah kamu gemuk ke, berbau ke, ataupun tidak cantik di mata orang ke, dia masih menerima kamu dan tidak menyuarakan apa-apa tantang kamu untuk merubahnya. Bagi dia, itulah keunikan kamu.
  4. Lebih romantis terhadap kamu.
      Orang yang sedang jatuh cinta sama kamu, dia pasti akan lebih romantis bersama kamu. Contohnya, dia mungkin akan mengirimkan sms seperti “Selamat pagi”, “Selamat malam”, “Selamat tidur”.
  5. Ingin mengetahui segalanya tentang kamu setiap saat.
      Si lelaki ini selalu saja ingin mengetahui kegiatan kamu seharian. “Macam mana hari ni kat kolej?” atau mungkin “Ada aktiviti apa nanti?” Semuanya itu adalah hal-hal yang dia ingin tahu tentang kamu, kegiatan kamu sepanjang hari, mahupun untuk aktiviti yang akan kamu lakukan.
  6. Selalu mengingati hal-hal kecil tentang kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu selalu mengingat setiap kata-kata yang kamu ucapkan bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengatakannya kepada dia. Tapi dia akan ingat akan hal-hal kecil yang kamu katakan mahupun lakukan.
  7. Selalu menganggap kamu adalah satu-satunya wanita yang hanya untuknya.
      Lelaki tidak akan mendekati perempuan lain jikalau dia sedang jatuh cinta terhadap kamu. Lelaki yang melirik perempuan lain tidak mungkin sedang jatuh cinta, lelaki itu sebenarnya keliru. Setiap kali dia ingin keluar makan, dia selalu menelefon kamu, mengajak kamu. SMS dari kamu selalu dia akan simpan dan akan memadam sebarang SMS dari orang lain jika inbox dia sudah penuh.
  8. Tidak akan mudah menjanjikan sesuatu kepada kamu.
      Lelaki yang mencintai kamu tidak akan mudah untuk membuat janji. Dia akan lebih hati-hati untuk menyiapkan semuanya untuk kamu. Jika dia tidak yakin akan sesuatu, dia tidak akan begitu mudah untuk menjanjikannya. Bukan kerana dia adalah lelaki yang tidak boleh dipercayai, tapi dia ingin kamu mempercayainya. Dia sedang berhati-hati supaya tidak mengecewakan kamu.
  9. Tidak akan mahu menyusahkan kamu.
      Kamu sedang memerlukan sesuatu, dia akan selalu menawarkan bantuan untuk kamu tanpa kamu minta. Dan jika kamu sedang di dalam kesusahan, dia akan mencari jalan untuk meringankan beban kamu. Dia akan menyuruh kamu supaya tidak merisaukan apapun kerana dia telah memikirkan penyelesaiannya untuk kamu.
  10. Tidak punya alasan untuk mencintaimu
      “Kenapa kamu sayang aku?” Lelaki yang mencintaimu tidak akan begitu mudah menjawab persoalan mengapa dia mencintai kamu. Cinta itu bagaikan sesuatu yang tidak dapat dijelaskan dengan kata-kata tetapi hanya dapat dirasakan. Kalau dia mengatakan “Kerana kamu cantik!” Wah, senangnya.. Jangan percaya kalau dia mengatakan hal-hal yang remeh sebegitu. Berhati-hatilah..
       
       http://sibintang.com/2009/07/bila-lelaki-sedang-jatuh-cinta/
       

♥ Kenalilah Wanita & Cinta ♥

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.


~dari www.koneklelaki.blogspot.com/2009/06/ketahui-rahsia-wanita.html

Saturday, 9 July 2011

BERSIH pada 9 julai 11 aikk

Jgn bergadoh. nenek pun xnak komen lebih2. nenek bg link, cucu renung2kan lah. pikir yang mana baik yg mana buruk...nenek cume nak cakap, jangan bergaduh. pertelagahan akan membawa kemusnahan. Bile kite buat baik, kite akan dapat baik...igt tu cucu...hihi tgk link ni...http://www.papagomo.com/ kalau ade lagi link lain, sile berkongsi...hik hik hik

siapa nenek kebayan?

nenek kebayan adelah KAWAN KO...hikhik selalunya nenek kebayan tinggal di dalam gua, tapi nenek kebayan ni tinggal di TENGAH2 KOTA RAYA. Siap leh pergi membeli belah. hikhik Suke sangat kunyah sireh. So, siapa yg cari pasal dgn nenek, NNT KENA LUDAH DENGAN SIREH NENEK...hikhik